expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 12 January 2013

Buah naga





BERASAL dari Amerika Selatan, buah naga atau nama saintifiknya ‘Pitaya’, menjadi antara tanaman diminati kalangan petani untuk diusahakan secara komersial.


Dikenali juga dengan buah mata naga (Hylocereus Undatus), tumbuhan itu dibawa ke Vietnam oleh orang Perancis pada kurun ke-19 dari Guvana sebagai tanaman hiasan. 


Spesies yang tergolong daripada rumpun kaktus itu mendapat pelbagai jolokan dari pelbagai negara antaranya Pitaya atau Kaew Mang Korn di Thailand, Than Long (Vietnam), Strawberry Pear; Pitahaya (Latin America); ‘queen of the night ‘ (Amerika Utara); ‘red dragon fruit; Fire dragon fruit (Asia) dan buah naga (Malaysia).


Buah naga yang matang berat­nya kira-kira 400 gram, tetapi ada yang membesar sehingga lebih satu kilogram. 





Buah naga mempunyai isi berwarna putih, merah dan ungu dengan taburan biji-bijinya berwarna hitam. 


Ia memiliki tekstur isi seperti isi tembikai manakala rasanya seperti buah kiwi dengan beberapa ciri unik, sesuai untuk ramuan dalam salad buah-buahan.

Bunga pokok naga me­ngeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar yang bertindak sebagai agen pendebungaan. 





Bunga pokok naga berkembang semalaman dan menguncup selepas subuh dan berupaya menyimpan air. 


Buah naga mempunyai banyak khasiat seperti serat, kalsium, zat besi dan fosforus. 


Buah naga berisi merah sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoid yang tinggi. 


Bunga dan batang buah naga digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan untuk rawatan salur darah koronari dan meng­galakkan peredaran darah di tubuh.


Buah naga mampu meningkatkan daya tahan, mengurangkan metabolisma badan, sistem penghadaman dan peredaran darah, mengurangkan tekanan emosi, meneutral toksik dalam darah dan menurunkan kadar lemak. 


 

Pokok ini memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan dan setiap tiang boleh menempatkan empat anak pokok yang diambil daripada keratan batang. 


Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5 meter dalam baris dan tiga meter antara baris manakala anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya ia dapat tumbuh secara menegak. 


Untuk memastikan pokok berkenaan tumbuh dalam keadaan memanjang dan membentuk batang utama, hanya satu tunas sihat saja dibiarkan di tiang konkrit.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com